Tuesday, 9 October 2012

Masjid Abidin, Kuala Terengganu


Catatan 30 September 2012 – Kuala Terengganu

Selesai menziarahi 4 Makam ulama silam di sekitar Kuala Terengganu (Tok Pulau Manis, Tokku Tuan Besar, Tokku Paloh dan Tok Pelam) semalam, pagi ini saya mengambil peluang untuk melawat Masjid Abidin. Masjid ini juga termasuk dalam senarai lokasi yang perlu dilawati dalam lawatan ini. Selepas menunaikan solat subuh di hotel penginapan, saya bergegas ke masjid ini.

Lokasi
Terletak di Tengah-tengah Bandar Kuala Terengganu, berhampiran dengan Bukit Puteri dan Istana Maziah.
Pemandangan Masjid Putih dari Bukit Puteri


Keterangan
Masjid Abidin dibina di antara tahun 1793 -1808 semasa pemerintahan Almarhum Sultan Zainal Abidin II. Asalnya ia dibina sebagai istana baginda Sultan. Masjid Abidin juga dikenali sebagai Masjid Putih, mungkin kerana keseluruhan bangunan ini berwarna putih dan lebih menyerlah daripada bangunan lain yang terdapat di Kuala Terengganu.
Menara
Rekabentuk kubah
Kolah untuk berwuduk

Peringkat awal, masjid ini dibina daripada kayu. Namun, semasa pemerintahan Almarhum Sultan Omar, binaan masjid ini telah digantikan dengan batu-bata. Tengku Panglima Besar (Tengku Muda Kemaman) sekali lagi telah mengubahsuai dan memperbesarkan masjid ini dan menambah 3 tiang berbentuk bulat dan 3 buah menara. Semasa Almarhum Sultan Ismail menduduki takhta, masjid ini diperbesarkan sehingga boleh menampung 2500 jemaah pada tahun 1972. 

Ruang solat (atas dan bawah)

Pemandangan kubah dari dalam dalam masjid
Rekabentuk mimbar

Pintu bahagian dalam yang diperbuat dari kayu
 

1 comment:

  1. masjid putih dipanggil bukan kerana warnanya putih,tetapi kerana dibuat dari putih telur pada awal2 pembinaannya..putih telur dicampur dengan tanah liat untuk membinanya kerana pada masa itu masih tiada simen seperti sekarang..

    ReplyDelete