Catatan 3
Oktober 2012 (Rabu)
|
Masjid Kampung Hulu
|
Dari Jalan Hang Tuah, persimpangan Jalan Kampung
Hulu bertentangan dengan Dewan Hang Tuah, jarak Masjid Kampung Hulu dari
persimpangan tersebut lebih kurang 150M. Sekiranya berkenderaan, terdapat ruang
yang luas di pintu masuk bersebelahan Jalan Masjid ( Ruang solat muslimat dan
tandas perempuan).
|
Pintu masuk ke kawasan masjid. (Bahagian atasnya pelantar penyimpanan beduk)
|
|
Pintu masuk ke masjid |
|
Beduk |
Lokasi:
Masjid Kampung Hulu terletak di persimpangan Jalan
Kampung Hulu dan Jalan Masjid. Mercu tanda yang jelas dari jauh adalah menara
dan bentuk bumbungnya.
Keterangan
|
Rekabentuk bumbung (Atas). Hiasan puncak dan bucu setiap bumbung (bawah)
|
Masjid Kampung Hulu dipercayai merupakan masjid
yang tertua di Malaysia. Ia dibina dalam sekitar tahun 1728 semasa zaman
pendudukan Belanda. Pembinaan masjid ini dibiayai oleh Belanda, tepatnya Syarikat
Hindia Timur Belanda (VOC) yang mentadbir Melaka pada masa itu sebagai satu
bukti dasar keterbukaan Belanda terhadap kebebasan beragama di Melaka pada masa
itu.
|
Mimbar |
|
Mihrab
|
|
Tiang kayu |
Kerja-kerja pembinaan masjid ini diserahkan kepada
penduduk tempatan yang diketuai oleh seorang Kapitan, Dato’ Shamsuddin bin
Arom, pendatang dari China yang telah memeluk Islam. Binaan asal di perbaiki
semula oleh Sheikh Omar bin Hussain al-Attas.
|
Ruang solat
|
Binaan masjid ini menyerupai senibina masjid-masjid
di Jawa, dengan reka bentuk bumbung berlapis tiga ada berbentuk seakan-akan piramid.
Ruang di antara lapisan bumbung membolehkan udara dan cahaya masuk ke ruang
dalam masjid. Dikatakan bahawa falsafah binaan tiga lapisan bumbung masjid
tersebut ialah lapisan paling atas ditafsirkan sebagai “Iman manusia kepada
Tuhan”, lapisan kedua – “Hubungan Manusia dengan Manusia” dan lapisan ketiga
“alam Semula Jadi yang Menghubungkan Manusia dengan Tuhan”.
|
Ukiran ayat-ayat suci di bahagian atas pintu
|
|
Rekabentuk tingkap |
Walau bagaimanapun tidak seperti kebanyakan masjid
di Jawa, Masjid Kampung Hulu tidak dibina secara keseluruhannya dengan kayu,
sebaliknya ia dibina dengan batu-bata. Pengaruh cina sangat ketara pada
rekabentuk hiasan dalaman dan luaran masjid. Bahkan jubin seramik dan jubin
lantai menggunakan corak hiasan dari Dinasti Ching di China.
Menara pula diperbuat daripada batu dengan
ciri-ciri senireka Melaka pada zaman itu. Corak ukiran dan rekabentuk masjid
juga bertemakan alam semulajadi. Ukiran pada dinding dan bumbung berkonsepkan
tumbuh-tumbuhan. Pada hujung (rabung/ bucu) bumbung dihiasi dengan corak sulur
bayur, mahkota dan awan larat.
Sekiranya melalui pintu masuk yang berhampiran
dengan kolah untuk mengambil wuduk, kita akan mendapati terdapat sebuah
pelantar kayu dibina di atasnya untuk menempatkan beduk. Ketika lawatan ini
saya berpeluang menaiki pelantar tersebut dan mendapati beduk tersebut masih
dalam keadaan baik walaupun tidak digunakan lagi.
|
Kolah |
|
Menara |
Kolah tempat berwuduk juga masih digunakan dan
airnya agak sejuk dan nyaman. Masjid Kampung Hulu juga masih digunakan sehingga
kini. Dalam lawatan ini, saya mendapati selain dijadikan tempat berkumpul
penduduk sekitar, saya mendapati beberapa orang Jemaah sedang menunaikan solat
sunat dhuha dan berzikir.
Masjid Kampung Hulu telah diisytiharkan sebagai
Warisan Kebangsaan pada tahun 2005.
No comments:
Post a Comment