Catatan 29 September 2012
Dari Makam
Makam Tok Ku Tuan Besar, saya meneruskan perjalanan ke Kampung Pulau Manis,
Serada untuk menziarahi Makam Tok Pulau Panis di Tanah Perkuburan Kampung Pulau
Manis, setelah mendapat petunjuk arah dari beberapa jemaah yang sempat saya
tanya di Masjid Tok Ku Tuan Besar.
Lokasi
Tanah Perkuburan Islam Kampung
Pulau Manis, Serada, Kuala Terengganu. (Lebih kurang 20KM dari pusat bandar Kuala Terengganu).
Melalui
Jalan Kuala Terengganu – Kuala Berang, masuk ke persimpangan Kampung Pulau Musang melalui jalan Sungai Rengas sehingga tiba di selekoh
yang mempunyai simpang tiga (Di selekoh inilah letaknya Keropok Selekoh Sungai
Rengas yang dikatakan sedap). Kemudian saya ambil simpang ke kiri , jalan ini
tembus ke Penghadang Baru. Di
persimpangan Penghadang Baru, saya ambil simpang ke kanan (sekiranya ambil
simpang ke kiri akan kembali keluar ke Jalan Kuala Terengganu- Kuala Berang).
(Sekiranya masuk melalui persimpangan Penghadang Baru dari Jalan Kuala
Terengganu-Kuala Berang sebenarnya lebih mudah dan dekat berbanding masuk
melalui persimpangan Pulau Musang).
Lebih kurang
5KM dari persimpangan tersebut, simpang ke Serada/ Pulau Manis di sebelah kanan.
Lebih kurang 3KM dari persimpangan tersebut kelihatan Masjid Pulau Manis (kanan)
dan bertentangan dengan masjid tersebut ada satu lagi simpang. Lebih kurang
150M dari simpang tersebut letaknya Tanah Perkuburan Pulau Manis. Dari tepi
jalan akan kelihatan binaan berwarna kuning di atas bukit di tengah-tengah
perkuburan tersebut. Itulah makam Syeikh Tok Pulau Manis.
Keterangan
Syeikh Tok
Pulau Manis atau nama sebenarnya Syeikh
Abdul Malik merupakan seorang lagi ulama terkemuka Negeri Terengganu dan Alam
Melayu. Beliau dilahirkan pada tahun 1650-an di Kampung Pauh, Hulu Terengganu. Beliau berketurunan Sharif Muhammad, yang berasal dari
Baghdad, mempunyai pertalian darah dengan Sharif
Hidayatullah (Sunan Gunung Jati), salah-seorang Wali Songo yang terkenal di
Indonesia dan Nusantara. Beliau juga mempunyai nasab dari keluarga Rasulullah
Saw melalui Syaidina Hussien RA, putera
Syaidina Ali bin Abu Talib dengan Syaidatina Fatimah binti Rasulullah SAW.
Bangunan Makam Tok Pulau Manis dicat warna kuning |
Pendidikan
Peringkat
awal, beliau mendapat didikan agama dari ahli keluarganya sendiri. Selepas itu,
Syeikh Tok Pulau Manis, menyambung pelajarannya di Aceh dan dikatakan pernah berguru secara dengan ulama Aceh
terkemuka, Syeikh Abdul Rauf al-Singkel.
Selain itu, ada keterangan lain yang menyatakan beliau juga pernah berguru
dengan Syeikh Abdul Rauf Ali al-Fansuri
(Syeikh Siyah Kuala) Ketika mencapai umur 30 tahun lebih kurang dalam tahun
1680-an, beliau berangkat ke Kota Mekah dan memperdalamkan lagi ilmu agamanya
di sana selama lebih kurang 10 tahun.
Di Kota
Mekah, Syeikh Tok Pulau Manis berguru dengan ulama-ulama terkenal seperti Syeikh Ibrahim al- Kurani (guru kepada
Syeikh Abdul Rauf al-Singkel). Beliau mendalami semua disiplin ilmu iaitu Fekah,
Usuluddin, Tasawuf dan sebagainya semasa di Kota Mekah. Semasa di Kota Mekah,
beliau bersahabat dengan ulama-ulama nusantara lain yang seangkatan dengannya
seperti Tuan Haji Mohd Salleh bin Omar
al- Semarani (Jawa), Dato' Syed
Abdullah (Terengganu), Fakeh Abdul
Kadir (Palembang), Fakeh Abdul Rahman
Pattani, Fakeh Abdul Samad Kedah
dan Haji Muhammad Siantan.
Tangga lebih-kurang sepanjang 25-30M ke Makam (Foto atas). | Pintu masuk ke makam. (Foto bawah) |
Semasa di
Kota Mekah juga, Syeikh Tok Pulau Manis mendalami dan menyertai tarekat
As-Syazilliah. Beliau menjadikan kitab-kitab tasawuf karangan Imam al-Ghazali seperti Ihya 'Ulumuddin, Minhaj al- Abidin dan kitab karangan Syeikh Ibnu Athoillah seperti al-
Hikam dan sebagai rujukan semasa mendalami ilmu Tawawuf.
Selain
belajar, Syeikh Tok Pulau Manis juga pernah mengajar di Mekah dan kebanyakan
pelajar beliau adalah mereka yang datang dari Tanah Jawi (Alam Melayu).
Kedudukan Syeikh Tokku Pulau Manis dikatakan sama pentingnya dengan ulama
Melayu lain seperti Syeikh Abdul Samad
al-Palimbani, Syeikh Daud bin
Abdullah Fattani, Syeikh Nawawi
al-Bentani dan sebagainya. Syeikh Tokku Pulau Manis juga telah
menterjemahkan kitab al- Hikam ke dalam bahasa Melayu atas permintaan rakan-rakan
sepergurunya di Mekah.
Pemandangan dalam makam. |
Pulang ke Terengganu
Syeikh Tok
Pulau Manis kembali ke Terengganu ketika berusia 40 tahun. Beliau mempunyai
pertalian yang erat dengan pembesar tempatan di Terengganu. Malah dikatakan
beliaulah yang bertanggungjawab menabalkan Sultan
Zainal Abidin I (1725-1734) sebagai Sultan Terengganu yang pertama. Sultan
Zainal Abidin I juga dikatakan menantu Syeikh Tokku Pulau Manis. Ketika Syeikh
Tokku Pulau Manis berpindah ke Pulau Manis dari Hulu Terengganu, Sultan Zainal
Abdin juga ikut sama berpindah dan menjadikan Kuala Terengganu sebagai pusat
pemerintahan baginda.
Di samping
bertugas sebagai mufti Kerajaan Terengganu, beliau menjadikan Kampung Pulau
Manis sebagai tempat penyebaran dan perkembangan ilmu islam. Pusat pengajiannya
didatangi orang ramai bukan setakat sekitar dari Terengganu dan Pahang bahkan
dari sekitar Alam Melayu untuk menuntut ilmu agama di sini.
Ada juga
sumber yang mencatatkan setelah pulang ke Terengganu (Kuala Berang), Syeikh Tok
Pulau Manis telah dijodohkan oleh ayahnya dengan Puteri Mahpuri, anak salah-seorang pembesar yang berasal dari Johor
yang menetap di Terengganu. Setelah ayahnya meninggal dunia, beliau ditabalkan
menjadi pemerintah kerajaan Islam Temir ketika itu. Walau bagaimanapun,
keinginan untuk berdakwah dan menyebarkan agama Islam lebih menarik hatinya.
Beliau
kemudiannya bermesyuarat dengan para pembesarnya untuk mencari penggantinya
sebagai pemerintah. Akhirnya mesyuarat tersebut memutuskan Tun Jenal, anak muridnya dan anak seorang pembesar Johor dilantik
menjadi pemerintah dengan syarat Tun Jenal hendaklah berkahwin dengan Siti Zubaidah, puteri Syeikh Tok Pulau
Manis. Selain itu mesyuarat tersebut juga memutuskan Syeikh Tok Pulau Manis
kekal sebagai penasihat dan ulama istana.
Makam Tok Pulau Manis |
Syeikh Tok
Pulau Manis meninggal dunia dalam tahun 1736 dan dimakamkan di Tanah Perkuburan
Pulau Manis.
Great, your articles are really very informative and easy to understand. Thanks for this special article. The e visa Turkey is a permit to visit Turkey without any hurdle. you can fully enjoy Turkey . Turkey is a famous destination for tourism .
ReplyDeleteAmazing indeed it is a fascinating website and I feel very happy to read this blog. Do you want to know who is Best Digital Marketing Agency in Meerut ?.We are the one who is included in the top list of best digital Marketing Agency in Meerut and Delhi NCR.
ReplyDelete