(Lawatan bersama keluarga semasa Aidil Fitri 2012 yang lalu)
Muzium Istana Besar Seri Menanti
Lokasi: Di Kampung Seri Menanti, Tanjung Ipoh,
Kuala Pilah Negeri Sembilan. Lebih kurang 10-15 KM dari Pekan Kuala Pilah.
|
Bahagian depan (atas) dan pandang sisi (Bawah) |
Asalnya merupakan kediaman rasmi Yang Di Pertuan
Besar Negeri Sembilan. Setinggi empat tingkat dan diperbuat daripada kayu.
Pelan asal istana ini telah direka oleh dua orang Tukang Melayu, Kahar dan
Taib. Kemudian ianya telah diperincikan semula oleh Ketua Pelukis Pelan dari
Public Work Department Kuala Pilah pada masa itu Mr.Woodford dan diluluskan oleh
Pejabat Daerah dan Residen pada tahun 1902.
|
Ukiran pada dinding dan tiang |
|
Add caption |
Istana besar ini menggantikan Istana Pulih yang
telah terbakar semasa pertempuran di antara Yamtuan Antah dengan pasukan
Inggeris. Pembinaan istana ini bermula pada tahun 1902 dan disiapkan pada tahun
1908 dengan kos $45,000.
|
Replika Batu Kasur (Batu Timbang) |
Binaan istana ini mengikut ciri-ciri binaan
Minangkabau. Istana ini diperbuat daripada kayu sepenuhnya dan tidak
menggunakan sebarang paku. Tingkat pertama mempunyai 4 bilik dan beranda
sepanjang 160 kaki. Manakala tingkat kedua mengadungi 3 bilik yang didiami oleh
kerabat Yang DiPertuan. Tingkat ketiga dan keempat mempunyai 1 bilik. Bilik Yang
Dipertuan Besar terletak di tingkat ketiga manakala tingkat keempat menyimpan
khazanah raja. Istana ini juga mempunyai 99 tiang setinggi 19.9 kaki dengan 4
tiang tengahnya setinggi 170 kaki.
|
Replika Batu Bertikam |
Pada tahun 1931, sebuah Istana baru yang lebih
moden telah dibina di kawasan berhampiran. Majlis Agama Islam Negeri Sembilan
menjadikan istana ini sebagai Sekolah
Menengah Agama Tinggi pada tahun 1959 hingga 1964. Selepas itu Istana ini
dibiarkan kosong sehinggalah diisytiharkan sebagai Muzium Diraja pada tahun
1992 oleh DYMM Tuanku Jaafar ibni Tuanku Abdul Rahman dan ditadbir oleh Jabatan
Muzium, Negeri Sembilan.
No comments:
Post a Comment