Saturday, 22 September 2012

Makam Megat Terawis

Ziarah ke Makam Megat Terawis, di Kg. Bandar Lama, Kampung Gajah Negeri Perak pada 16 September 2012


Siapakah Mega Terawis
Papan tanda yang dapat dilihat di Jambatan Pasir Salak/ Kampung Bandar Lama. Makam Sultan Muhammad Iskandar Syah dan Sultan Ahmad Tajuddin tidak ditemui dalam ekspedisi ini memandangkan jalan kampung yang sempit dan semak. Disamping itu jalan di Kampung Bandat Lama mempunyai banyak persimpangan.
Papan tanda Kampung Bandar Lama. (juga dilihat dari Jambatan Pasir Salak/ Bandar Lama
 
Beliau adalah Bendahara Perak semasa pemerintahan Sultan Muzafar Syah I dan memakai gelaran  Orang Kaya Paduka Bendahara Raja. Beliau juga dipercayai berketurunan Daulat Yang DiPertuan Pagar Ruyung. Megat Terawis datang ke Perak bersama-sama dengan Sultan Muzafar Syah I, putera Sultan Mahmud Syah, Sultan terakhir Kerajaan Melaka dari Kampar, Sumatera.
Jalan ke Makam yang sempit dan semak.

Dipercayai Tok Saban, pembesar yang berkuasa di Hulu Perak telah membawa dan melantik Sultan Muzafar Syah I sebagai Sultan di Perak. Walau bagaimanapun, timbul perselisihan faham di antara Tok Saban dengan Sultan Muzafar Syah I dan ini membawa penentangan beliau terhadap Sultan. Sultan Muzafar Syah I kemudiannya menawarkan jawatan Bendahara kepada sesiapa yang berjaya menewaskan Tok Saban. Tawaran tersebut diterima oleh Megat Terawis dan berjaya mengalahkan Tok Saban.
Sekitar Makam yang semak dan setidak terurus.
 

Ekoran kejayaannya menewaskan Tok Saban,  Megat Terawis akhirnya dilantik sebagai Bendahara menggantikan Tun Muhammad dengan memakai gelaran Bendahara Paduka Raja. Sejak hari itu, keturunan beliau memegang jawatan Bendahara di Perak. Walau bagaimanapun semasa perintahan Sultan Iskandar Zulkarnain, (Sultan ke 15) berlaku perselisihan di antara keturunan beliau, Bendahara Megat Abu Kassim dengan baginda Sultan akibat tindakan baginda mendirikan Istana di Pulau Indera Sakti yang merupakan di bawah kekuasaan Bendahara. Akibatnya, Megat Abu Kassim meletakkan jawatan dan menyerahkannya semula kepada Sultan Iskandar Zulkarnain. Sejak itu jawatan Bendahara dipegang oleh keturunan Raja.
AdiPaidil yang sudi menunjukka jalan ke Makam.

Makam

 

6 comments:

  1. Salam...saya nak kepastian yang jelas adakah ini makam...(Bendahara Megat Teraweh Pertama Daulat Pagaruyung atau Bendahara Megat Teraweh Dua "Peta To Rawe" Bugis...mereka ini dari susurgalur yang sama keturunannya...cuma setahu saya Bendahara Megat Teraweh Pertama Ghaib setelah pergi bertapa di gunung bubu...ok cuba jelaskan dengan lebih tepat/// Aamiin.

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. Apa sejarah yg.sebenarnya yg dlm pengetahuan saudara?

      Delete
  3. kalau penipuan, bg la hujah tuan..

    ReplyDelete
  4. Maaf..setahu saya megatterawis ni pengkianat tp disebabkan dia penjilat sultan,nama dia di agungkan dlm sejarah..

    ReplyDelete
  5. Ini makam Megat Terawis II. Bukan Megat Terawis semasa zaman Sultan Muzzaffar Shah I.

    ReplyDelete