Catatan 30 September 2012 – Kuala
Terengganu
Selesai
menziarahi 4 Makam ulama silam di sekitar Kuala Terengganu (Tok Pulau Manis,
Tokku Tuan Besar, Tokku Paloh dan Tok Pelam) semalam, pagi ini saya mengambil
peluang untuk melawat Masjid Abidin. Masjid ini juga termasuk dalam senarai
lokasi yang perlu dilawati dalam lawatan ini. Selepas menunaikan solat subuh di
hotel penginapan, saya bergegas ke masjid ini.
Lokasi
Terletak
di Tengah-tengah Bandar Kuala Terengganu, berhampiran dengan Bukit Puteri dan
Istana Maziah.
|
Pemandangan Masjid Putih dari Bukit Puteri |
Keterangan
Masjid
Abidin dibina di antara tahun 1793 -1808 semasa pemerintahan Almarhum Sultan
Zainal Abidin II. Asalnya ia dibina sebagai istana baginda Sultan. Masjid
Abidin juga dikenali sebagai Masjid Putih, mungkin kerana keseluruhan bangunan
ini berwarna putih dan lebih menyerlah daripada bangunan lain yang terdapat di Kuala
Terengganu.
|
Menara |
|
Rekabentuk kubah |
|
Kolah untuk berwuduk |
Peringkat
awal, masjid ini dibina daripada kayu. Namun, semasa pemerintahan Almarhum
Sultan Omar, binaan masjid ini telah digantikan dengan batu-bata. Tengku
Panglima Besar (Tengku Muda Kemaman) sekali lagi telah mengubahsuai dan
memperbesarkan masjid ini dan menambah 3 tiang berbentuk bulat dan 3 buah
menara. Semasa Almarhum Sultan Ismail menduduki takhta, masjid ini
diperbesarkan sehingga boleh menampung 2500 jemaah pada tahun 1972.
|
Ruang solat (atas dan bawah) |
|
Pemandangan kubah dari dalam dalam masjid |
|
|
Rekabentuk mimbar |
|
|
|
Pintu bahagian dalam yang diperbuat dari kayu |
masjid putih dipanggil bukan kerana warnanya putih,tetapi kerana dibuat dari putih telur pada awal2 pembinaannya..putih telur dicampur dengan tanah liat untuk membinanya kerana pada masa itu masih tiada simen seperti sekarang..
ReplyDelete