Catatan 22 September
2012 – Ampangan
Masjid Jamek Dato' Klana Petra Sendeng |
Sewaktu dalam perjalanan menziarahi makam Syeikh Mohd Said
al-Linggi bersama dengan kawan saya Azelin, saya tertarik pada rekabentuk unik
masjid ini. Saya memberhentikan kenderaan di hadapan masjid dan mengambil
gambar di sekitar masjid. Walau bagaimanapun, saya tidak dapat masuk ke
bahagian dalam masjid kerana pintu masjid ini dikunci.
Lokasi
Melalui lebuhraya LEKAS, sekiranya keluar dari persimpangan
Tol Ampangan/ Jelebu. Ambil Jalan Jelebu menuju ke Ampangan/ Seremban, masjid
ini terletak di tepi jalan (sebelah kiri) dan warna bumbungnya yang hijau boleh dilihat dengan
jelas.
Keterangan
Rekabentuk ukiran puncak bumbung |
Masjid Jamek Dato' Klana Petra Sendeng, Ampangan dibina pada
tahun 1840-an sewaktu Dato' Klana Petra Kawal menjadi Undang Luak Sungai Ujong sebelum
dibaiki pulih oleh Dato' Klana Petra sendeng ketika menjadi Undang Luak Sungai
Ujong pada tahun 1850-an. Pada tahun 1920, semasa pentadbiran Dato' Klana Petra
Maamor bin Kasim masjid ini dibina semula dengan batu-bata. Pada tahun 1995,
nama masjid ini ditukar kepada Masjid Jamek Dato' Klana Petra Sendeng atas
nasihat Dato Klana Petra Mubarak bin Dohak. Tapak asal masjid ini diwakafkan
oleh Allahyarham Tok Mukim. Setelah beberapa kali mengalami pengubahsuaian,
masjid ini kini boleh memuatkan seramai 3000 jemaah.
Perkuburan lama berhadapan dengan masjid |
Keadaan atau gambar masjid jamek yg masa dulu2 ada
ReplyDeleteKeadaan atau gambar masjid jamek yg masa dulu2 ada
ReplyDelete