|
Masjid Kampung Kling |
Catatan 3 Oktober 2012 (Rabu)
|
Pintu masuk ke kawasan masjid (atas). Pintu masuk ke masjid (bawah) |
Selesai melawat Masjid Kampung Hulu, saya menuju ke Masjid Kampung
Kling yang terletak lebih kurang 500M
dari Masjid Kampung Hulu setelah mendapat panduan ringkas arah ke sana dari
beberapa orang Jemaah yang saya sempat temui di masjid Kampung Hulu. Masjid ini
berhampiran dengan persimpangan Jalan Hang Lekiu dan Jalan Tokong. Walau
bagaimanapun, tidak seperti Masjid Kampung Hulu, masjid ini tidak mempunyai
ruang untuk meletak kenderaan di kawasan masjid. Oleh yang demikian, digalakkan
supaya berjalan kaki atau menyewa beca sekiranya hendak ke masjid ini.
|
Reka bentuk menara (atas). Kolah untuk berwuduk (bawah) |
Keterangan
Masjid Kampung Kling dibina pada tahun 1748 dan
gaya rekabentuknya tidak jauh berbeza dengan reka bentuk Kampung Hulu, iaitu
bumbung berlapis tiga berbentuk piramid. Seperti Masjid Kampung Hulu, menara
masjid ini juga dibina terasing dari bangunan utama masjid. Tapak masjid ini
dikatakan dibina tempat para pedagang India Muslim singgah dan menunai solat sejurus
tiba di Melaka pada zaman dahulu ( lebih kurang abad ke 14 & 15).
|
Reka bentuk bumbung |
|
|
Ukiran puncak bumbung (atas) Ukiran pada bucu setiap bumbung (bawah) |
|
Add caption |
Secara umumnya, ukiran hiasan dalaman dan luaran
masjid ini mencampurkan ciri-ciri budaya Melayu, Cina dan India. Walau
bagaimanapun, sekiranya diamati, menara masjid ini lebih berbentuk pagoda
berbanding menara Masjid Kampung Hulu. Dikatakan juga pengaruh rekabentuk Hindu
di masjid ini diambil dari rekabentuk kebanyakan masjid di Sumtera, Indonesia.
Kolah untuk mengambil wuduk terletak di sebelah kiri masjid ini (pandangan dari
pintu masuk utama masjid, menghadap kiblat).
|
Ruang solat |
|
Mihrab (atas) mimbar (bawah) |
Asalnya masjid ini dibina dengan menggunakan kayu
sebelum diruntuhkan dan digantikan dengan batu-bata pada tahun 1872. Pada tahun
1999 Masjid ini telah dipulihara oleh Jabatan Muzium dan Antikuiti. Sama
seperti Masjid Kampung Hulu, keadaan Masjid Kampung Kling masih utuh dan masih
digunakan untuk bersembahyang.
|
Ukiran dan tulisan khat bahagian atas tingkap (atas). |
|
ukiran verandah masjid |
|
salah-satu dari 4 tiang kayu yang menyokong bumbung |
Masjid Kampung Kling telah diisytiharkan sebagai
Warisan Kebangsaan pada tahun 2005.
No comments:
Post a Comment