Monday, 8 October 2012

Masjid Kampung Kling, Melaka

Masjid Kampung Kling






Catatan 3 Oktober 2012 (Rabu)
Pintu masuk ke kawasan masjid (atas). Pintu masuk ke masjid (bawah)

 Selesai  melawat Masjid Kampung Hulu, saya menuju ke Masjid Kampung Kling yang terletak lebih kurang  500M dari Masjid Kampung Hulu setelah mendapat panduan ringkas arah ke sana dari beberapa orang Jemaah yang saya sempat temui di masjid Kampung Hulu. Masjid ini berhampiran dengan persimpangan Jalan Hang Lekiu dan Jalan Tokong. Walau bagaimanapun, tidak seperti Masjid Kampung Hulu, masjid ini tidak mempunyai ruang untuk meletak kenderaan di kawasan masjid. Oleh yang demikian, digalakkan supaya berjalan kaki atau menyewa beca sekiranya hendak ke masjid ini.
Reka bentuk menara (atas). Kolah untuk berwuduk (bawah)

 Keterangan

Masjid Kampung Kling dibina pada tahun 1748 dan gaya rekabentuknya tidak jauh berbeza dengan reka bentuk Kampung Hulu, iaitu bumbung berlapis tiga berbentuk piramid. Seperti Masjid Kampung Hulu, menara masjid ini juga dibina terasing dari bangunan utama masjid. Tapak masjid ini dikatakan dibina tempat para pedagang India Muslim singgah dan menunai solat sejurus tiba di Melaka pada zaman dahulu ( lebih kurang abad ke 14 & 15).
Reka bentuk bumbung
Ukiran puncak bumbung (atas) Ukiran pada bucu setiap bumbung (bawah)
Add caption

Secara umumnya, ukiran hiasan dalaman dan luaran masjid ini mencampurkan ciri-ciri budaya Melayu, Cina dan India. Walau bagaimanapun, sekiranya diamati, menara masjid ini lebih berbentuk pagoda berbanding menara Masjid Kampung Hulu. Dikatakan juga pengaruh rekabentuk Hindu di masjid ini diambil dari rekabentuk kebanyakan masjid di Sumtera, Indonesia. Kolah untuk mengambil wuduk terletak di sebelah kiri masjid ini (pandangan dari pintu masuk utama masjid, menghadap kiblat).
Ruang solat
Mihrab (atas) mimbar (bawah)

Asalnya masjid ini dibina dengan menggunakan kayu sebelum diruntuhkan dan digantikan dengan batu-bata pada tahun 1872. Pada tahun 1999 Masjid ini telah dipulihara oleh Jabatan Muzium dan Antikuiti. Sama seperti Masjid Kampung Hulu, keadaan Masjid Kampung Kling masih utuh dan masih digunakan untuk bersembahyang.
Ukiran dan tulisan khat bahagian atas tingkap (atas).
ukiran verandah masjid
salah-satu dari 4 tiang kayu yang menyokong bumbung

Masjid Kampung Kling telah diisytiharkan sebagai Warisan Kebangsaan pada tahun 2005.

No comments:

Post a Comment