Catatan 3
Oktober 2012 - Melaka
Ketika melawat Masjid Tengkera, saya sempat
menziarahi Makam Sultan Hussin di kawasan perkuburan yang berdekatan dengan
masjid tersebut.
|
Makam Sultan Hussin |
Lokasi
Tengkera Melaka, di Tepi Jalan Tengkera,
lebih kurang 10KM dari pusat Bandar Melaka. Mercu tanda yang jelas ialah
menaranya.
Keterangan
Sultan Mahmud Syah III Sultan Johor-Riau-Lingga
ke-17 mangkat pada tahun 1812 tanpa sempat menamakan waris yang akan
mengambil-alih takhta. Baginda mempunyai dua orang putera yang berlainan bonda
iaitu Tengku Hussin dan Tengku Abdul Rahman. Kedua-duanya berketurunan
Bugis.Semasa kemangkatan baginda sultan, Tengku Hussin sedang berada di Pahang
dan sebagai putera sulung, Tengku Hussin sepatutnya naik takhta.
|
Batu nesan yang terdapat di sekitar makam Sultan Hussin
|
Walau bagaimanapun dengan bantuan Raja Jaafar,
ketua orang Bugis, adindanya Tengku Abdul Rahman telah dilantik sebagai sultan
yang baru, menggantikan almarhum ayahandanya. Ini kerana Tengku Hussin tidak
dapat kembali segera ke Johor memandangkan tiada angina monsun. Tengku Hussin
sebenarnya telahpun mendapat khabar berita mengenai kemangkatan ayahandanya
melalui surat yang dikirimkan oleh Raja Jaafar tetapi tidak mengetahui
perlantikan adik tirinya sebagai sultan yang baru. Sementara itu, surat
perlantikan Tengku Hussin sebagai sultan yang baru telah dikirimkan ke Lingga
oleh Bendahara Tun Ali di Pahang.
|
Perkuburan bersebelahan Masjid Tengkera |
Setelah tibanya angin monsun, Tengku Hussin segera
berangkat ke Lingga dan ketibaannya disambut oleh Sultan (Tengku) Abdul Rahman.
Pada mulanya Sultan Abdul Rahman bersetuju untuk menyerahkan takhta kepada
Tengku Hussin tetapi membatalkan niatnya apabila diancam oleh Raja Jaafar.
Pada masa yang sama Stamford Raffles tiba di
Singapura pada 29 Januari 1819 dalam
ekspedisi mencari petempatan di Tanah Melayu. Pada masa itu Singapura berada dibawah
kekuasaan Temenggung Abdul Rahman (Temenggung Abdul Rahman dan Sultan Abdul
Rahman bukan orang yang sama). Raffles mengambil peluang dari perebutan takhta
tersebut untuk mendapatkan Singapura. Raffles telah berunding dengan Tengku
Hussin dan berjanji untuk menjadikannya sebagai sultan sekiranya Tengku Hussin
bersetuju menyerahkan Singapura kepada Inggeris. Pada masa yang sama, Sultan
Abdul Rahman sedang dikuasai oleh Belanda dan Raja Jaafar.
Dengan muslihat dan tipu-daya, Raffles berjaya
mengiktiraf Tengku Hussin sebagai Sultan Johor dan Singapura. Setelah
mengiktiraf Tengku Hussin sebagai Sultan, Raffles mengikat perjanjian dengan
Sultan tersebut. Antara kandungan perjanjian tersebut, Tengku Hussin diiktiraf
sebagaisultan Johor dan diberi elaun tahunan oleh Inggeris, sementara kerajaan
Johor hendaklah menyerahkan Singapura ke pada pihak Inggeris. Walau
bagaimanapun perlantikanSultan Hussin tidak diiktiraf oleh Raja-Raja Melayu
yang lain.
Peranan sultan Hussin sebagai pemerintah Johor
hanya sebagai boneka kepada Inggeris. Baginda banyak menghabiskan masanya di
istananya di istana kampung Gelam sehinggalah beliau berpindah ke Tengkera
Melaka pada tahun 1834 dan mangkat di sana sebagai sultan yang tidak mempunyai
kuasa di Johor.
No comments:
Post a Comment