Catatan 6 Oktober 2012
Papan tanda |
Dalam perjalanan balik ke Kuala Lumpur setelah selesai Bengkel Kenaikan Pangkat dan Pemangkuan selama 3 hari yang diadakan di Port Dickson, saya sempat ke bandar Lukut, menziarahi Makam Raja Jumaat.
Ketika kunjungan ini, pintu masuk utama kawasan perkuburan berkenaan berkunci. Saya masuk ke tanah perkuburan berkenaan melalui pintu kecil (bersebelahan Stesen Minyak Caltek) yang tidak berkunci. Walau bagaimanapun, kawasan Makam Di Raja Selangor dipagari tembok dan pintu jeriji pula dikunci.
Sekitar tanah perkuburan Lukut |
Makam Di Raja Selangor |
Lokasi
Terletak di Kawasan Makam Di Raja Selangor, di Kawasan Perkuburan Islam Lukut. Kawasan Perkuburan berkenaan berhadapan dengan Balai Polis Lukut, bersebelahan dengan stesen minyak Caltek.
Keterangan
Merupakan seorang
kerabat Di Raja Riau dan berhijrah ke Lukut bersama ayahnya Raja Jaafar,
setelah kematian Raja Busu (yang bertanggungjawab membuka Lukut tetapi
mati terbunuh dalam satu pergaduhan dengan pelombong cina yang marah
setelah menaikkan cukai sebanyak 10% pada tahun 1834) untuk menyambung
kembali kegiatan perlombongan.
Raja Jumaat merupakan seorang yang kaya-raya dan telah membina Kota Lukut di Bukit Gajah Mati (kini Muzium Kota Lukut) sebagai kota pertahanan dan gedung menyimpan bijih timah. Lukut menjadi sebuah bandar perdagangan yang penting semasa zaman pentadbirannya.
Raja Jumaat meninggal dunia dalam tahun 1864 dan digantikan oleh anaknya, Raja Bot.
Gambar Makam Raja Mahadi yang saya ambil dari celah-celah pintu besi jeriji (atas dan bawah) |
Pintu masuk ke Makam Di Raja yang sentiasa berkunci |
Sebagai rakyat Selangor, saya sendiri belum pernah masuk ke perkuburan tersebut ha3, apa pun tahniah pada siqram, satu perkongsian maklumat yang sangat berguna;). Teruskan pencarian mu.
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteMari kita sedekahkan Al-Fatihah buat kaum kerabat-kerabat Diraja Selangor yang telah pergi buat selamanya. AL-FATIHAH.....
ReplyDeleteTuan penulis
ReplyDeleteGambar tu makam Raja Jemaat dan bukan Raja Mahadi