Ziarah ke Makam Megat Terawis, di Kg. Bandar Lama, Kampung Gajah Negeri Perak pada 16 September 2012
Siapakah Mega Terawis
|
Papan tanda yang dapat dilihat di Jambatan Pasir Salak/ Kampung Bandar Lama. Makam Sultan Muhammad Iskandar Syah dan Sultan Ahmad Tajuddin tidak ditemui dalam ekspedisi ini memandangkan jalan kampung yang sempit dan semak. Disamping itu jalan di Kampung Bandat Lama mempunyai banyak persimpangan. |
|
Papan tanda Kampung Bandar Lama. (juga dilihat dari Jambatan Pasir Salak/ Bandar Lama |
Beliau adalah Bendahara Perak
semasa pemerintahan Sultan Muzafar Syah I dan memakai gelaran Orang Kaya Paduka Bendahara Raja. Beliau juga
dipercayai berketurunan Daulat Yang DiPertuan Pagar Ruyung. Megat Terawis
datang ke Perak bersama-sama dengan Sultan Muzafar Syah I, putera Sultan Mahmud
Syah, Sultan terakhir Kerajaan Melaka dari Kampar, Sumatera.
|
Jalan ke Makam yang sempit dan semak. |
Dipercayai Tok Saban, pembesar
yang berkuasa di Hulu Perak telah membawa dan melantik Sultan Muzafar Syah I
sebagai Sultan di Perak. Walau bagaimanapun, timbul perselisihan faham di
antara Tok Saban dengan Sultan Muzafar Syah I dan ini membawa penentangan
beliau terhadap Sultan. Sultan Muzafar Syah I kemudiannya menawarkan jawatan
Bendahara kepada sesiapa yang berjaya menewaskan Tok Saban. Tawaran tersebut
diterima oleh Megat Terawis dan berjaya mengalahkan Tok Saban.
|
Sekitar Makam yang semak dan setidak terurus. |
Ekoran kejayaannya menewaskan Tok
Saban, Megat Terawis akhirnya dilantik
sebagai Bendahara menggantikan Tun Muhammad dengan memakai gelaran Bendahara
Paduka Raja. Sejak hari itu, keturunan beliau memegang jawatan Bendahara di
Perak. Walau bagaimanapun semasa perintahan Sultan Iskandar Zulkarnain, (Sultan
ke 15) berlaku perselisihan di antara keturunan beliau, Bendahara Megat Abu
Kassim dengan baginda Sultan akibat tindakan baginda mendirikan Istana di Pulau
Indera Sakti yang merupakan di bawah kekuasaan Bendahara. Akibatnya, Megat Abu
Kassim meletakkan jawatan dan menyerahkannya semula kepada Sultan Iskandar
Zulkarnain. Sejak itu jawatan Bendahara dipegang oleh keturunan Raja.
|
AdiPaidil yang sudi menunjukka jalan ke Makam. |
|
Makam
|
Salam...saya nak kepastian yang jelas adakah ini makam...(Bendahara Megat Teraweh Pertama Daulat Pagaruyung atau Bendahara Megat Teraweh Dua "Peta To Rawe" Bugis...mereka ini dari susurgalur yang sama keturunannya...cuma setahu saya Bendahara Megat Teraweh Pertama Ghaib setelah pergi bertapa di gunung bubu...ok cuba jelaskan dengan lebih tepat/// Aamiin.
ReplyDeleteini penipuan sejarah melayu,
ReplyDeleteApa sejarah yg.sebenarnya yg dlm pengetahuan saudara?
Deletekalau penipuan, bg la hujah tuan..
ReplyDeleteMaaf..setahu saya megatterawis ni pengkianat tp disebabkan dia penjilat sultan,nama dia di agungkan dlm sejarah..
ReplyDeleteIni makam Megat Terawis II. Bukan Megat Terawis semasa zaman Sultan Muzzaffar Shah I.
ReplyDelete