Monday 24 September 2012

Ziarah ke Makam Si Puntum

Semasa mengunjungi Kompleks Sejarah Pasir Salak bersama keluarga pada 16 September 2012, saya tidak melepaskan peluang untuk menziarahi Makam Si Puntum yang terletak di Tanah Perkuburan Islam Mukim Pasir Salak ( berhadapan dengan Kompleks tersebut)
 
Sejarah Si Puntum

Si Puntum atau Sepuntum seorang orang asli merupakan salah-seorang pengikut setia Dato Maharajalela. Semasa peristiwa pembunuhan Birch pada 2 November 1875, Si Puntum merupakan watak sejarah yang menamatkan riwayat residen Inggeris tersebut.Meskipun dada Birch terkena lembing yang direjam oleh Pandak Indut, beliau dikatakan masih bernyawa dan cuba berenang ke tepi sungai untuk meminta bantuan, tetapi sebelum sempat Birch timbul, Si Puntum meluru ke arahnya dengan pantas dan membelah kepalanya dengan parang panjang. Si Puntum akhirnya dihukum gantung pada tahun 1877.
Kawasan Makam Si Puntum yang dipagar. Terdapat beberapa batu nesan. (Tak diketahui kedudukan kubur yang sebenar)

Kawasan Perkuburan Islam Mukim Pasir Salak

 

No comments:

Post a Comment