Sunday 14 October 2012

Makam Raja Jumaat


Catatan 6 Oktober 2012
Papan tanda
 
Dalam perjalanan balik ke Kuala Lumpur setelah selesai Bengkel Kenaikan Pangkat dan Pemangkuan selama 3 hari yang diadakan di Port Dickson, saya sempat ke bandar Lukut, menziarahi Makam Raja Jumaat.
 
Ketika kunjungan ini, pintu masuk utama kawasan perkuburan berkenaan berkunci. Saya masuk ke tanah perkuburan berkenaan melalui pintu kecil (bersebelahan Stesen Minyak Caltek) yang tidak berkunci. Walau bagaimanapun, kawasan Makam Di Raja Selangor dipagari tembok dan pintu jeriji pula dikunci.
Sekitar tanah perkuburan Lukut
Makam Di Raja Selangor
 
Lokasi
Terletak di Kawasan Makam Di Raja Selangor, di Kawasan Perkuburan Islam Lukut. Kawasan Perkuburan berkenaan berhadapan dengan Balai Polis Lukut, bersebelahan dengan stesen minyak Caltek.
 
Keterangan
Merupakan seorang kerabat Di Raja Riau dan berhijrah ke Lukut bersama ayahnya Raja Jaafar, setelah kematian Raja Busu (yang bertanggungjawab membuka Lukut tetapi mati terbunuh dalam satu pergaduhan dengan pelombong cina yang marah setelah menaikkan cukai sebanyak 10% pada tahun 1834) untuk menyambung kembali kegiatan perlombongan.

Raja Jumaat merupakan seorang yang kaya-raya dan telah membina Kota Lukut di Bukit Gajah Mati (kini Muzium Kota Lukut) sebagai kota pertahanan dan gedung menyimpan bijih timah. Lukut menjadi sebuah bandar perdagangan yang penting semasa zaman pentadbirannya.

Raja Jumaat meninggal dunia dalam tahun 1864 dan digantikan oleh anaknya, Raja Bot.
Gambar Makam Raja Mahadi yang saya ambil dari celah-celah pintu besi jeriji
(atas dan bawah)
 
 
Pintu masuk ke Makam Di Raja yang sentiasa berkunci

 
 

4 comments:

  1. Sebagai rakyat Selangor, saya sendiri belum pernah masuk ke perkuburan tersebut ha3, apa pun tahniah pada siqram, satu perkongsian maklumat yang sangat berguna;). Teruskan pencarian mu.

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. Mari kita sedekahkan Al-Fatihah buat kaum kerabat-kerabat Diraja Selangor yang telah pergi buat selamanya. AL-FATIHAH.....

    ReplyDelete
  4. Tuan penulis
    Gambar tu makam Raja Jemaat dan bukan Raja Mahadi

    ReplyDelete