Showing posts with label Masjid. Show all posts
Showing posts with label Masjid. Show all posts

Tuesday, 5 February 2013

Masjid Kampung Nyiur

Masjid Kampung Nyiur, Paka Dungun Terengganu. (2012)
 
 
 


Ruang solat

Mihrab dan mimbar

Dinding luar

Masjid Beijing


Masjid Jubli Perak atau Masjid Beijing di Rantau Panjang, Kelantan. ( Catatan 1 Februari 2012)



Ruang solat

Serambi

 

Pintu masuk masjid


Pintu masuk kawasan masjid

Menara

Pandangan hadapan

Pandangan sisi
Mimbar

Thursday, 11 October 2012

Masjid al-Adly, Lumut, Perak

Catatan 16 September 2012 - Lumut

 Setelah kami sekeluarga selesai meronda Pulau Pangkor kami bertolak balik ke Lumut lebih kurang jam 2.30 petang dan meneruskan perjalanan balik ke Kuala Lumpur. Sebelum bertolak ke Kuala Lumpur dari bandar Lumut, kami sempat singgah di masjid ini untuk menunaikan solat jamak dan qasar.
Rekabentuk kubah utama, menara dan bumbung
Kubah kecil

Lokasi: 
Terletak di tepi Jalan Iskandar Shah, lebih kurang 100M dari Bandar Lumut (di sebelah kanan jalan sekiranya dari arah bandar Lumut). Bersebelahan dengan  Stesen Bas Lumut.

Masjid Adly, Lumut dibina sebagai tanda kesyukuran penyerahan Jajahan Dinding (Kini Manjung) kepada Kerajaan Perak. Daerah / Jajahan Dinding asalnya dibawah pentadbiran Negeri-Negeri Selat sebelum diserahkan kepada Perak secara rasminya pada 16 Februari 1935. Walau bagaimanapun tiada makumat tarikh pembinaan masjid ini.

Tuesday, 9 October 2012

Masjid Jamek Dato' Klana Petra Sendeng, Ampangan Negeri Sembilan


Catatan 22 September 2012 – Ampangan
Masjid Jamek Dato' Klana Petra Sendeng

Sewaktu dalam perjalanan menziarahi makam Syeikh Mohd Said al-Linggi bersama dengan kawan saya Azelin, saya tertarik pada rekabentuk unik masjid ini. Saya memberhentikan kenderaan di hadapan masjid dan mengambil gambar di sekitar masjid. Walau bagaimanapun, saya tidak dapat masuk ke bahagian dalam masjid kerana pintu masjid ini dikunci.


Lokasi
Melalui lebuhraya LEKAS, sekiranya keluar dari persimpangan Tol Ampangan/ Jelebu. Ambil Jalan Jelebu menuju ke Ampangan/ Seremban, masjid ini terletak di tepi jalan (sebelah kiri) dan warna bumbungnya yang hijau boleh dilihat dengan jelas.


Keterangan
Rekabentuk ukiran puncak bumbung

Masjid Jamek Dato' Klana Petra Sendeng, Ampangan dibina pada tahun 1840-an sewaktu Dato' Klana Petra Kawal menjadi Undang Luak Sungai Ujong sebelum dibaiki pulih oleh Dato' Klana Petra sendeng ketika menjadi Undang Luak Sungai Ujong pada tahun 1850-an. Pada tahun 1920, semasa pentadbiran Dato' Klana Petra Maamor bin Kasim masjid ini dibina semula dengan batu-bata. Pada tahun 1995, nama masjid ini ditukar kepada Masjid Jamek Dato' Klana Petra Sendeng atas nasihat Dato Klana Petra Mubarak bin Dohak. Tapak asal masjid ini diwakafkan oleh Allahyarham Tok Mukim. Setelah beberapa kali mengalami pengubahsuaian, masjid ini kini boleh memuatkan seramai 3000 jemaah.
Perkuburan lama berhadapan dengan masjid

Masjid Abidin, Kuala Terengganu


Catatan 30 September 2012 – Kuala Terengganu

Selesai menziarahi 4 Makam ulama silam di sekitar Kuala Terengganu (Tok Pulau Manis, Tokku Tuan Besar, Tokku Paloh dan Tok Pelam) semalam, pagi ini saya mengambil peluang untuk melawat Masjid Abidin. Masjid ini juga termasuk dalam senarai lokasi yang perlu dilawati dalam lawatan ini. Selepas menunaikan solat subuh di hotel penginapan, saya bergegas ke masjid ini.

Lokasi
Terletak di Tengah-tengah Bandar Kuala Terengganu, berhampiran dengan Bukit Puteri dan Istana Maziah.
Pemandangan Masjid Putih dari Bukit Puteri


Keterangan
Masjid Abidin dibina di antara tahun 1793 -1808 semasa pemerintahan Almarhum Sultan Zainal Abidin II. Asalnya ia dibina sebagai istana baginda Sultan. Masjid Abidin juga dikenali sebagai Masjid Putih, mungkin kerana keseluruhan bangunan ini berwarna putih dan lebih menyerlah daripada bangunan lain yang terdapat di Kuala Terengganu.
Menara
Rekabentuk kubah
Kolah untuk berwuduk

Peringkat awal, masjid ini dibina daripada kayu. Namun, semasa pemerintahan Almarhum Sultan Omar, binaan masjid ini telah digantikan dengan batu-bata. Tengku Panglima Besar (Tengku Muda Kemaman) sekali lagi telah mengubahsuai dan memperbesarkan masjid ini dan menambah 3 tiang berbentuk bulat dan 3 buah menara. Semasa Almarhum Sultan Ismail menduduki takhta, masjid ini diperbesarkan sehingga boleh menampung 2500 jemaah pada tahun 1972. 

Ruang solat (atas dan bawah)

Pemandangan kubah dari dalam dalam masjid
Rekabentuk mimbar

Pintu bahagian dalam yang diperbuat dari kayu
 

Monday, 8 October 2012

Masjid Kariah Kampung Kelemak, Alor Gajah Melaka

Catatan 3 Oktober 2012 - Alor Gajah Melaka
Masjid Kariah Kampung Kelemak, Alor Gajah
Masjid lama

Setelah menziarahi makam pahlawan Dol Said di Naning, saya sempat singgah di bandar Alor Gajah sebelum meneruskan perjalanan ke Bandar Raya Melaka.
Reka bentuk hiasan pada setiap bucu bumbung

Serambi masjid

Beberapa tahun lepas, saya dan keluarga pernah ke Alor Gajah atas urusan kerja (menjadi pengawas Peperiksaan PTK Jabatan Bomba di Alor Gajah). Semasa lawatan tersebut, kami pernah singgah di Masjid Kariah Kampung Kelemak, lebih kurang 1KM dari Bandar Alor Gajah. Bersebelahan dengan masjid tersebut, terdapat sebuah masjid lama yang dengan reka bentuk lama. Masjid tersebut seakan-akan tidak digunakan lagi.
Bahagian dalam masjid

Walau bagaimanapun, saya tidak menemukan sebarang maklumat berkenaan masjid tersebut.Masjid ini telah diwartakan di bawah Enakmen Pemulihan dan Pemugaran sebagai Warisan Budaya pada tahun 1988.
Warta

Lawatan kali ini juga gagal menemukan sebarang maklumat berkenaan masjid tersebut.

Masjid Tengkera, Melaka


3 Oktober 2012 (Rabu) jam 11.45 pagi
Masjid Tengkera

Selesai menziarahi Masjid Kampung Hulu dan Kampung Kling serta Makam Syeikh Syamsuddin al- Sumaterani, saya bergegas ke Jalan Tengkera, lebih kurang 10-15 KM dari pusat Bandar Melaka untuk menziarahi satu lagi masjid tertua di Malaysia yang terdapat di Melaka, Masjid Tengkera. Masjid ini terletak betul-betul di tepi jalan Bandar Raya Melaka – Tanjung Kling/ Masjid Tanah. Seperti masjid kampung Hulu dan Kampung Kling, mercu tanda yang jelas sebagai petunjuk masjid ini adalah menaranya.
Pintu masuk ke kawasan masjid

Keterangan

Masjid Tengkera dibina pada tahun 1728. Namun ada juga pendapat lain yang mengatakan masjid ini dibina pada tahun 1750-an. Sebelum dirobohkan dan dan dibina semula pada tahun 1821. Reka bentuk masjidnya juga tidak jauh berbeza dengan masjid Kampung Hulu dan Kampung Kling, berbumbung tiga lapis berbentuk piramid. Hiasan dan senibina dalaman dan luaran juga menggabungkan ciri-ciri seni bina Cina, India dan Sumatera.
Menara masjid ini bertentangan dengan pintu masjid  (bertentangan dengan kiblat/ mimbar)
Kolah untuk berwuduk
serambi masjid

Menaranya berbentuk pagoda dan seakan-akan menara masjid Kampung Kling. Cuma saiznya agak besar dan lokasinya. Sekiranya menara Masjid Kampung Hulu dan Kampung Kling terletak di sisi kanan masjid (sekiranya menghadap kiblat), menara masjid ini terletak bertentangan dengan pintu masuk bangunan masjid.
Rekabentuk ukiran bumbung


Masjid ini juga mempunyai kolah untuk berwuduk yang terletak di sisi kanan masjid. Walau bagaimanapun, sewaktu lawatan saya, keadaan air kolah agak kotor dan sewaktu berwuduk, saya menggunakan paip air untuk berwuduk berhampiran dengan kolah tersebut. Masjid ini juga berkeadaan
Baik dan masih digunakan. Ketika melawat masjid ini, sekumpulan Jemaah lelaki sedang belajar mengaji Quran di beranda bersebelahan kolah.
Pintu masuk masjid
Mihrab (atas) dan mimbar (bawah)

Masjid Tengkera diisytiharkan sebagai Warisan Kebangsaan pada tahun 2005.