Monday 8 October 2012

Masjid Tengkera, Melaka


3 Oktober 2012 (Rabu) jam 11.45 pagi
Masjid Tengkera

Selesai menziarahi Masjid Kampung Hulu dan Kampung Kling serta Makam Syeikh Syamsuddin al- Sumaterani, saya bergegas ke Jalan Tengkera, lebih kurang 10-15 KM dari pusat Bandar Melaka untuk menziarahi satu lagi masjid tertua di Malaysia yang terdapat di Melaka, Masjid Tengkera. Masjid ini terletak betul-betul di tepi jalan Bandar Raya Melaka – Tanjung Kling/ Masjid Tanah. Seperti masjid kampung Hulu dan Kampung Kling, mercu tanda yang jelas sebagai petunjuk masjid ini adalah menaranya.
Pintu masuk ke kawasan masjid

Keterangan

Masjid Tengkera dibina pada tahun 1728. Namun ada juga pendapat lain yang mengatakan masjid ini dibina pada tahun 1750-an. Sebelum dirobohkan dan dan dibina semula pada tahun 1821. Reka bentuk masjidnya juga tidak jauh berbeza dengan masjid Kampung Hulu dan Kampung Kling, berbumbung tiga lapis berbentuk piramid. Hiasan dan senibina dalaman dan luaran juga menggabungkan ciri-ciri seni bina Cina, India dan Sumatera.
Menara masjid ini bertentangan dengan pintu masjid  (bertentangan dengan kiblat/ mimbar)
Kolah untuk berwuduk
serambi masjid

Menaranya berbentuk pagoda dan seakan-akan menara masjid Kampung Kling. Cuma saiznya agak besar dan lokasinya. Sekiranya menara Masjid Kampung Hulu dan Kampung Kling terletak di sisi kanan masjid (sekiranya menghadap kiblat), menara masjid ini terletak bertentangan dengan pintu masuk bangunan masjid.
Rekabentuk ukiran bumbung


Masjid ini juga mempunyai kolah untuk berwuduk yang terletak di sisi kanan masjid. Walau bagaimanapun, sewaktu lawatan saya, keadaan air kolah agak kotor dan sewaktu berwuduk, saya menggunakan paip air untuk berwuduk berhampiran dengan kolah tersebut. Masjid ini juga berkeadaan
Baik dan masih digunakan. Ketika melawat masjid ini, sekumpulan Jemaah lelaki sedang belajar mengaji Quran di beranda bersebelahan kolah.
Pintu masuk masjid
Mihrab (atas) dan mimbar (bawah)

Masjid Tengkera diisytiharkan sebagai Warisan Kebangsaan pada tahun 2005.

No comments:

Post a Comment