Friday 5 October 2012

Ziarah ke Makam Tok Pelam, Kuala Terengganu

29 Sept 2012
Bangunan Makam Tok Pelam

Saya tiba di pusat Bandar Kuala Terengganu dari Kampung Pulau Manis (selepas ziarah ke makam Tok Pulau Manis) lebih kurang jam 6.30 petang. Berdasarkan carian melalui Google maps, sepatutnya lokasi makam Tok Pelam hanya di sekitar pusat Bandar. Tetapi saya tidak menemui Masjid Ladang (kunci petunjuk Makam Tok Pelam). Sebelum pulang ke hotel penginapan, saya ke Water Front (berdekatan dengan Pasar Payang dan Bazaar Warisan). Ketika membeli air untuk menghilangkan dahaga, saya sempat bertanya kepada makcik penjual air lokasi Masjid Ladang. Kemudian barulah saya megetahui rupa-rupanya Masjid Ladang merupakan nama lain Masjid al- Muktafi Billah Shah. Selesai minum, saya bergegas ke sana dengan segera. Alhamdulillah, empat makam yang saya senaraikan untuk diziarahi di Kuala Terengganu akhir tercapai dalam tempoh sehari.

Lokasi:

Terletak di pusat bandar Kuala Terengganu, di kawasan tanah perkuburan berhampiran dengan Masjid al-Muktafi Billah Shah (juga dikenali sebagai Masjid Ladang) dan bulatan Batu Bersurat.
Pintu Masuk ke bangunan Makam. Bangunan ini dipercayai asalnya dibina oleh Tok Pelam sebagai tempat berkhalwat dan tempat mengajar.

 Sejarah Tok Pelam
Syeikh Tok Pelam atau nama sebenarnya Syeikh Abdullah bin Abdul Aziz dan dikatakan berasal dari Hadralmaut. Beliau pernah menetap di Pattani sebelum berhijrah ke Kampung Pelam, Hulu Terengganu dalam tahun 1785. Syeikh Tok Pelam akhirnya berhijrah ke Kampung Ladang Titian. Syeikh Tok Pelam meninggal dunia pada tahun 1819 dan dikebumikan di kawasan perkuburan tersebut. Binaan yang menempatkan makamnya dikatakan bangunan yang dibina oleh beliau sebagai tempat berkahlwat dan mengajar.

Tangga ke bilik khas.   
Pintu Makam  

Beberapa kubur yang terdapat di kiri (atas) dan kanan (bawah). Pandangan dari arah pintu masuk.

No comments:

Post a Comment