Catatan 3 Oktober 2012
Makam Syeikh Ahmad Majnun, Kompleks Sejarah Pengkalan Kempas |
Dari Melaka, saya mudik ke Port Dickson, kali ini
destinasi saya ke Pengkalan Kempas, atau lebih tepatnya Komplek Sejarah
Pengkalan Kempas yang terletak di tepi Sungai Linggi untuk menyelongkar makam
seorang lagi ulama silam, Syeikh Ahmad Majnun.
Makam |
Pengkalan Kempas lebih kurang 37KM dari Bandar Port
Dickson, melalui jalan menghala ke Melaka/ Lubok China. Lebih kurang 100 Meter
dari pekan Pengkalan Kempas (simpang ke kiri sekiranya dari Port Dickson).
Selain menempatkan makam Syeikh Ahmad Majnun, kompleks ini juga menempatkan
batu megalit (batu hidup). Sebahagian dari batu megalit tersebut mempunyai ukiran
purba.
Catatan
berkenaan Syeikh Ahmad Majnun
Beliau merupakan salah-seorang ulama silam Melaka.
Pendapat pertama: Ketika dalam perjalanan untuk
mejalankan misi dakwah, beliau meninggal dunia dan dimakamkan di sini
(Pengkalan Kempas).
Pendapat kedua: Beliau merupakan seorang ulama yang
menganut mazhab yang berbeza dengan mazhab yang dianuti oleh pemerintah dan masyarakat
Melaka pada masa itu. Oleh yang demikian, Syeikh Ahmad Majnun dan pengikutnya
berpindah ke Pengkalan Kempas. Bimbang penyebaran mazhab ini akan menimbulkan
perpecahan di kalangan masyarakat Melaka, pemerintah Melaka pada zaman itu,
Sultan Mansur Syah telah menitahkan Bendahara Tun Perak mengetuai angkatan
Melaka untuk memerangi Syeikh Ahmad Majnun dan pengikutnya di Pengkalan Kempas.
Dalam peperangan tersebut Syeikh Ahmad Majnun tertewas dan beliau sendiri
terbunuh.
Batu Bersurat berhampiran makam |
Formasi batu Megalit yang terdapat di pinggir makam |
Nama Syeikh Ahmad Majnun tercatat pada inskripsi
batu bersurat yang terdapat di makam. Allahu a’lam.
No comments:
Post a Comment