Saturday 22 September 2012

Makam Sultan Yahya Siak

Ziarah ke makam Sultan Yahya Siak pada bulan September 2012 di Kampung Che Lijah,  Dungun Terengganu

Papan Tanda Makam Sultan Yahya Siak dapat dilihat ditepi Jalan sekiranya melalui Jalan Pantai Dungun-Kuala Terengganu
 
Sejarah tentang Sultan Yahya Siak

Sultan Yahya Abdul Jalil Muzaffar Syah (1782-1784) merupakan Putera sulung Sultan Abdul Ismail  yang pernah memerintah Kerajaan Siak. Baginda dipercayai mempunyai pertalian saudara dengan Sultan Sulaiman Badrul Alam Syah (1722-1760) yang memerintah Johor Riau.
Makam Sultan Yahya Siak di Kampung Che Lijah, Dungun

Selepas kemangkatan Raja Kecil  Sultan Siak, berlaku perebutan takhta di antara Sultan Mahmud dan Putera sulung Raja Kecil, Raja Alam. Apabila Sultan Mahmud mangkat, beliau digantikan oleh Raja Ismail. Walau bagaimanapun Raja Alam (yang telah tertewas dalam perebutan takhta dengan Raja Mahmud) berjaya merampas takhta dari Sultan Ismail. Setelah takhta baginda dirampas Sultan Ismail membawa diri ke Terengganu.
Keadaan makam yang bersih dan terjaga

Dengan bantuan Kerajaan Terengganu Sultan Ismail berjaya merampas kembali takhtanya dari Raja Alam. Setelah kemangkatan beliau,  Sultan Yahya ditabalkan menjadi Sultan Siak yang baru. Walau bagaimanapun baginda hanya sempat memerintah selama dua tahun, 1782-1784 sebelum takhtanya dirampas secara muslihat olehSayyid Ali, keturunan Raja Deli.

Setelah diturunkan dari takhtanya, Sultan Yahya dan para pembesarnya cuba mendapatkan bantuan dari Kerajaan Alam Melayu lain tetapi gagal. Akhirnya baginda dan rombongannya belayar sehingga sampai ke Kota Tanjung Pati- Bemban (Dungun) dan menetap di sana sehingga mangkat pada tahun 1784. Baginda dimakamkan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Che Lijah.
Antara batu nesan yang ada di sekitar makam

No comments:

Post a Comment