Semasa menjejaki makam Tokku Pulau Manis semalam (29 September 2012), saya sempat singgah di Gerai Keropok Lekor Selekoh Sungai Rengas untuk bertanyakan arah ke Pulau Manis kepada salah-seorang pelanggan. Ketika itu saya memasuki Simpang ke Kampung Pulau Musang. Pelanggan tersebut sempat mempromosikan Keropok Lekor Sungai Rengas yang dikatakannya paling sedap. Walau bagaimanapun saya perlu bergegas ke Pulau Manis memandangkan cuaca yang mendung dan waktu asar juga telah masuk.
|
Keropok Lekor Sungai Rengas |
Keesokannya (30 Sept 2012), sebelum bertolak balik ke Kuala Lumpur saya membawa isteri saya untuk membeli dan mencuba keropok lekor Sungai Rengas yang dikatakan sedap itu.
|
Pelanggan sedang beratur |
Lokasi Keropok Lekor Panas Selekoh Sungai Rengas (seperti yang tercatat pada
Banner yang tergantung di kedai tersebut lebih kurang 15KM dari pusat bandar Kuala Terengganu. Panduan lebih mudah ke sana ialah dengan mengambil jalan Kuala Terengganu -Kuala Berang dan sekiranya sampai di persimpangan lampu isyarat Pulau Musang, belok ke kanan (sekiranya dari arah Kuala Terengganu. Jalan terus sehingga sampai di satu selekoh (lebih kurang 3KM dari persimpangan jalan utama). Keropok Lekor Sungai Rengas betul-betul di selekoh tersebut.
|
Pekerja sedang membuat keropok lekor
|
|
Keropok lekor sedang direbus |
No comments:
Post a Comment