Lokasi
Teluk Intan terletak di Selatan Negeri Perak dan merupakan
pusat pentadbiran bagi Hilir Perak.
Sejarah
Teluk Intan kononnya mendapat nama dari
seorang janda yang cantik bernama Mak Intan. Beliau merupakan seorang saudagar
berasal dari Mandahiling, Sumatera dan bertanggunjawab meneroka Teluk Intan
sekitar awal abad ke-19. Asalnya teluk Intan dikenali dengan nama Mak Intan.
Walau bagaimanapun semasa pendudukan Inggeris, Teluk Intan dinamakan Teluk
Anson, bersempena dengan nama Gabenor Inggeris yang tiba di Teluk Intan pada
masa itu, Jeneral Archibald Anson. Mulai 1 Januari 1982, namanya ditukar semula
menjadi Teluk Intan.
Menara Condong Teluk Intan
Terletak di tengah-tengah bandar Teluk Intan. Seperti Menara
Pisa di Itali, kedudukan menara ini condong. Ia dibina pada tahun 1885 oleh
Leong Choon Chong. Menara ini setinggi 85 kaki dengan 110 anak tangga dan
berfungsi sebagai Tangki takungan air. Sebuah jam besar sitempatkan di menara
ini. Kini Menara ini tidak digunakan lagi dan menjadi salah-satu tarikan
pelancongan di Teluk Intan.
Condong |
Batu Bertenggek
Foto-foto lain
River Front. (Bawah) Pemandangan Sungai Perak dari River Front |
Balai Polis lama |
No comments:
Post a Comment