Papan Tanda Makam Sultan Yahya Siak dapat dilihat ditepi Jalan sekiranya melalui Jalan Pantai Dungun-Kuala Terengganu |
Sultan Yahya Abdul Jalil Muzaffar
Syah (1782-1784) merupakan Putera sulung Sultan Abdul Ismail yang pernah memerintah Kerajaan Siak. Baginda
dipercayai mempunyai pertalian saudara dengan Sultan Sulaiman Badrul Alam Syah
(1722-1760) yang memerintah Johor Riau.
Makam Sultan Yahya Siak di Kampung Che Lijah, Dungun |
Selepas kemangkatan Raja
Kecil Sultan Siak, berlaku perebutan
takhta di antara Sultan Mahmud dan Putera sulung Raja Kecil, Raja Alam. Apabila
Sultan Mahmud mangkat, beliau digantikan oleh Raja Ismail. Walau bagaimanapun
Raja Alam (yang telah tertewas dalam perebutan takhta dengan Raja Mahmud)
berjaya merampas takhta dari Sultan Ismail. Setelah takhta baginda dirampas
Sultan Ismail membawa diri ke Terengganu.
Keadaan makam yang bersih dan terjaga |
Dengan bantuan Kerajaan
Terengganu Sultan Ismail berjaya merampas kembali takhtanya dari Raja Alam.
Setelah kemangkatan beliau, Sultan Yahya
ditabalkan menjadi Sultan Siak yang baru. Walau bagaimanapun baginda hanya
sempat memerintah selama dua tahun, 1782-1784 sebelum takhtanya dirampas secara
muslihat olehSayyid Ali, keturunan Raja Deli.
Setelah diturunkan dari
takhtanya, Sultan Yahya dan para pembesarnya cuba mendapatkan bantuan dari Kerajaan
Alam Melayu lain tetapi gagal. Akhirnya baginda dan rombongannya belayar
sehingga sampai ke Kota Tanjung Pati- Bemban (Dungun) dan menetap di sana
sehingga mangkat pada tahun 1784. Baginda dimakamkan di Tanah Perkuburan Islam
Kampung Che Lijah.
Antara batu nesan yang ada di sekitar makam |
No comments:
Post a Comment